Pengenalan Penyakit

- Ia adalah sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlampau tinggi didalam bola mata seseorang.
-Tekanan yang tinggi akan merosakan sel mata retina menyebabkan ruang penglihatan sempit dan akhirnya menyebabkan buta.
-Hampir 2% dari mereka yang berumur 40 tahun keatas akan menghidapi penyakit ini.
-Di Malaysia,satu dari tujuh orang buta adalah disebabkan oleh glaukoma.

b.Jenis-jenis Penyakit

1)Glaukoma Akut
-menyerang secara tiba-tiba dan mengurangkan penglihatan menyebabkan mata merah dan sakit didalam dan sekitar mata.Rawatan kecemasan diperlukan.
2)Glaukoma kronik
-Menyerang dan melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan.Mangsanya tidak menyedari sehingga peringkat akhir dan selalunya lambat mendapat rawatan.

c.Tanda-tanda/Simptom

-Ruang penglihatan semakin kecil
-Penglihatan kabur dan rabun
-Kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap.
-kerap menukar cermin mata kerana masih kabur.

d.Langkah-langkah Pencegahan

-Segeralah berjumpa doktor jika anda mengalami tanda-tanda glaukoma.
-Periksalah mata anda setahun sekali jika keluarga anda mempunyai keturunan penyakit ini.
-Jalanilah pemeriksaan glaukoma jika anda berumur 40 tahun ke atas.

a.Pengenalan Penyakit
-Penyakit kusta boleh di kategorikan sebagai penyakit berjangkit secara terus atau secara tidak lansgung.Jangkitan ini bergantung kepada:-
 *Jenis kusta yang dihidapi oleh individu samada yang banyak kuman (MB) atau kurang kuman (PB).
 *Tempoh atau kekerapan hubungan dengan orang yang terkena penyakit.Tapi ia bergantung pada tahap ketahanan tubuh seseorang.
 *Jangkitan ini mengambil masa yang agak lama iaitu antara 3 hingga 4 tahun sebelum terbentuk atau jelas kelihatan di atas kulit.
 *Kuman kusta gemar mendiami kawasan tubuh yang bersuhu sejuk seperti hidung,cuping telinga dan kulit.

b.Jenis-Jenis Kusta
-Tuberculoid
-Borderline tuberculoid
-Borderline
-Borderline lepromatous
-Lepromatous
 Bagi jenis tuberculoid dan borderline tuber culoid,kadar jangkitannya sangat rendah.Sebaliknya bagi jenis borderline,borderline lepromatous dan lepromatous kadar jangkitannya lebih tinggi iaitu antara 4 hingga 11 kali ganda.

c.Punca Penyakit/Faktor Risiko
-Kusta disebabkan oleh sejenis organisme bakteria yang dikenali sebagai mycobacterium laprae.
-Bakteria ini hanya boleh tinggal pada manusia dan tikus
d.Tanda-Tanda/Simptom
-Ruam pada mana-mana bahagian tubuh seperti muka,dada,dan lain-lain.Ia adalah lebih cerah daripada warna panau dan tidak mempunyai deria rasa.
-Berbiji-biji (modul) pada mana -mana bahagian tubuh.
-Hilang keupayaan,jari tangan lumpuh dan tidak boleh bergerak (claw hand),kaki jatuh (foot drop).
-Timbulnya ulser yang kronik dan sukar untuk sembuh.

e.Langkah Pencegahan
-Perlu menjaga kebersihan tubuh dan pakaian
-Jika terdapat luka yang terdedah haruslah mendapat rawatan segara

f.Komplikasi
-Hilang fungsi pergerakan anggota jari tangan dan kaki
-Jika kusta terkena pada mata ia boleh menyebabkan luka (ulser) terutama pada kornea yang membawa kapada kebutaan
-Menjejaskan banyak organ manusia terutama mukosa bahagian atas saluran pernafasan,hati dan testes.

Mengapa badan sering menjadi letih walaupun anda merasakan tidur anda mencukupi? Ini satu soalan yang menarik dan kita sebenarnya perlu memiliki maklumat yang betul agar kesihatan dan akhirnya cara hidup kita menjadi suatu yang paling baik untuk diri kita. Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun awal setiap hari untuk pergi bekerja. Tetapi pada hujung minggu ataupun pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. Segelintir daripada kita akan tidur hingga ke tengahari dengan alasan untuk memperolehi kerehatan sepenuhnya yang tidak di perolehi pada hari-hari bekerja.

Sebenarnya tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah. Mengikut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu pusingan Biologi ataupun Biological Clock. Pusingan biologi dalam badan kita ini sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Lantas andaikata cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada hari-hari bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu atau cuti umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur lewat sebagai contohnya. Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi yang terdapat dalam badan kita. Natijah atau hasilnya ialah badan kita menjadi letih walaupun tidur kita mencukupi.

Sebenarnya apakah yang berlaku dalam diri kita? Yang berlaku ialah jika kita bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon yang bernama Cortisol terganggu. Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan. Bila kita bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita, kita sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol. Hormon ini di keluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita bangun tidur pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan lebih kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif.

Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini pada pukul 3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi. Jika rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih. Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan ia telah keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut rutin itu. Pada suatu ketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan berlaku gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.

a.Pengenalan Penyakit
-Penyakit ini disebabkan oleh virus HBV

b.Punca-punca Penyakit/Faktor Risiko
-Homoseksual
-Biseksual
-Penagih dadah
-Pekerja hospital
-Mereka yang tinggal di institut kebajikan
-Melalui air liur,air mani dan darah
-Ibu kepada anak semasa lahir
-Suntikan dadah
-Pemindahan darah

c.Tanda-tanda/Simptom
-Loya-loya
-Letih lesu
-Sakit tekak
-Demam
-Hati terasa sakit
-Muntah darah

d.Komplikasi
-Busung
-Jaundis yang berterusan
-Gangguan sistem saraf
-Kanser hepar
-Sirius hepar

Bahagian kedua TIBI ekstrapulmonari (luar paru-paru) berpunca daripada penularan kuman tibi melalui darah. Tibi ekstrapulmonari ialah jangkitan yang menyerang mana-mana bahagian badan yang di luar paru termasuk selaput paru-paru.

Source: Tibi: Tuberkulosis Ekstrapulmonari

a.Pengenalan Penyakit
-Penyakit ini disebabkan oleh virus HBV

b.Punca-punca Penyakit/Faktor Risiko
-Homoseksual
-Biseksual
-Penagih dadah
-Pekerja hospital
-Mereka yang tinggal di institut kebajikan
-Melalui air liur,air mani dan darah
-Ibu kepada anak semasa lahir
-Suntikan dadah
-Pemindahan darah

c.Tanda-tanda/Simptom
-Loya-loya
-Letih lesu
-Sakit tekak
-Demam
-Hati terasa sakit
-Muntah darah

d.Komplikasi
-Busung
-Jaundis yang berterusan
-Gangguan sistem saraf
-Kanser hepar
-Sirius hepar

Penganalan Penyakit
Asma adalah sejenis penyakit pengecutan salur pernafasan akibat radang saluran tersebut.Paru-paru mengecut disebabkan
saluran pernafasan terlalu hiperaktif dan sensitif terhadap perubahan sekeliling dan bahan alergi.

Punca penyakit / faktor risiko

1) faktor genetik iaitu mempunyai saluran pernafasan yang sempit secara semulajadi

2) udara yang sejuk atau terlalu panas

3) habuk

4) asap

5) jangkitan saluran pernafasan

6) tekanan emosi dan fizikal

7) Kesan sampingan daripada sesetengah ubat

8) Senaman yang keterlaluan

9) makanan-makanan seperti pulut,buah nangka,durian,tembikai dan lain-lain

10) bulu binatang seperti kucing

Tanda-Tanda / simptom

1) Batuk berpanjangan terutama waktu waktu pagi dan malam

2) Nafas berbunyi

3) Rasa sesak nafas waktu berjalan atau ketika berehat

Komplikasi

1) mendapat serangan serius hingga boleh membawa kematian

2) asma kronik menyebabkan paru-paru kembang,sukar berjalan dan membuat kerja-kerja berat

3) boleh mengakibatkan kebocoran selaput paru-paru(pnenmothorax)

4) boleh terkena jangkitan kuman pada paru-paru yang dikenali sebagai ‘pneumonia’

5) bagi kanak-kanak yang menghidapnya boleh mengakibatkan pembesarannya terbantut,jika  wanita hamil akan mengalami
   masalah ketika bersalin nanti

Rawatan / pengesanan

1) melegakan tanda-tanda ‘bronchodilator’ iaitu dengan membuka saluran yang sempit

2) ubat-ubatan seperti beta ‘adrenergic agonist’ dan ‘theophylline’

3) steroid yang diambil dalam bentuk sedutan boleh membantu

4) rawatan yang diberikan bergantung kepada jenis asma yang dialami oleh seseorang.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.