Pengenalan Penyakit

- Ia adalah sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlampau tinggi didalam bola mata seseorang.
-Tekanan yang tinggi akan merosakan sel mata retina menyebabkan ruang penglihatan sempit dan akhirnya menyebabkan buta.
-Hampir 2% dari mereka yang berumur 40 tahun keatas akan menghidapi penyakit ini.
-Di Malaysia,satu dari tujuh orang buta adalah disebabkan oleh glaukoma.

b.Jenis-jenis Penyakit

1)Glaukoma Akut
-menyerang secara tiba-tiba dan mengurangkan penglihatan menyebabkan mata merah dan sakit didalam dan sekitar mata.Rawatan kecemasan diperlukan.
2)Glaukoma kronik
-Menyerang dan melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan.Mangsanya tidak menyedari sehingga peringkat akhir dan selalunya lambat mendapat rawatan.

c.Tanda-tanda/Simptom

-Ruang penglihatan semakin kecil
-Penglihatan kabur dan rabun
-Kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap.
-kerap menukar cermin mata kerana masih kabur.

d.Langkah-langkah Pencegahan

-Segeralah berjumpa doktor jika anda mengalami tanda-tanda glaukoma.
-Periksalah mata anda setahun sekali jika keluarga anda mempunyai keturunan penyakit ini.
-Jalanilah pemeriksaan glaukoma jika anda berumur 40 tahun ke atas.